Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

PERKONGSIAN seorang gadis yang mendedahkan dirinya terlelap ketika memandu selepas post-night syif di Twitternya mendapat perhatian pakar bed@h, Dr Amalina Che Bakri.

Pakar bed@h kelahiran Malaysia yang berkhidmat di London, United Kingdom itu yang berkongsi semula posting tersebut menasihati gadis berkenaan supaya berhati-hati.

Malah disebabkan perkara itu, Dr Amalina berkata dia lebih gemar menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja.

“Tolong berhati-hati. Sudah ada beberapa kejadian di UK di mana doktor m@ti disebabkan kemaIangan jalan raya selepas on call.

“Itulah sebabnya saya menggunakan pengangkutan awam (tube/bas) untuk pergi bekerja. Keletihan yang teruk boleh membun0h” katanya.

Dalam postingnya itu, Dr Amalina turut berkongsi kisah lucu ketika dia menjalani latihan housemanship di Cambridge kira-kira tujuh tahun lalu.

“Apabila saya menjalani latihan (housemanship) kira-kira tujuh tahun lalu di Cambridge, saya perlu menjalani latihan selama empat bulan di sebuah bandar kecil di Timur England kira-kira satu jam perjalanan dari Cambridge.

“Jadi saya akan menggunakan tren untuk keluar bekerja setiap hari kerana rumah saya terletak di Cambridge. Selepas syif malam yang sibuk saya terlelap di dalam tren,” katanya.

Sebaik sedar Dr Amalina mendapati dirinya sudah terlajak sampai ke London.

“Jadi saya perlu naik tren semula ke Cambridge. Kemudian saya terlelap lagi dan mendapati saya berada di Kings Lynn.

“Akhirnya saya turun dari tren dan membuat keputusan tidur di hospital,” katanya.

Malah Dr Amalina menjelaskan dia akan keluar seawal jam 5.30 pagi untuk memulakan kerjanya sekitar jam 7.30 pagi.

“Dari Cambridge ke Kings Lynn, ia mengambil masa kira-kira sejam. Kemudian anda perlu mengambil bas dari stesen kereta api ke hospital selama 30 minit.

“Jadi jumlah keseluruhan sekitar dua jam untuk setiap perjalanan. Saya akan keluar rumah sekitar 5.30 pagi untuk bekerja pada jam 7.30 pagi,” katanya.

Pendedahan Dr Amalina yang menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja meskipun bergelar doktor mendapat pujian netizen.

“Tak pernah tak kagum dengan doktor. Bagaimana anda menguruskan masa anda? Kerja, On Call, PhD dan kehidupan peribadi. Bagaimana anda mengehadkan masa untuk IG dan Twitter? Saya benar-benar mahu tahu tip anda,” tulis Sarah.

“You travel by train daily? Sounds like an expensive ordeal tho!,” kata Netusha.

Sementara itu, Dr Amalina menjelaskan dia menggunakan pas bulanan sepanjang empat bulan menjalani latihan di Timur England.

“Kemudian saya bertugas di Addenbrooke, Cambridge. Saya tinggal kira-kira 20 minit dari Addenbrooke.

“Jadi saya akan berbasikal atau berjalan kaki. Tapi saya tinggal, bekerja dan belajar di London sekarang. Jadi hanya guna tube setiap hari,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *