Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Seawal pagi tadi, media digemparkan dengan perbicar4an DS Najib Tun Razak di mahkamah atas penyel3wengan amanah yang berlaku beberapa bulan lalu yang melibatkan syarikat SRC International Sdn Bhd.

Semasa perbicaraan tersebut berlangsung, kelihatan ramai hadirin yang datang diberi arahan supaya tunggu di perkarangan mahkaman sahaja.

Namun, lain pula yang berlaku apabila orang keramaian tidak mengambil endah SOP yang ditetapkan kerajaan walhal penularan wab4k ini masih belum di fasa yang cukup selesa buat semua.

Dr Noor Hisham luah rasa kecewa

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dilihat meluahkan rasa kecewa terhadap situasi perhimpunan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menjelaskan, kerap kali pihak Kementerian Kesihatan (KKM) memberi peringatan kepada orang awam sebelum ini agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

“Sudah terang lagi bersuluh setiap hari KKM mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya satu (1) meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan.

“Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas memberi maklum balas mengenai laporan BERNAMA di Twitter yang bertajuk ”Ahli Parlimen bimbang wujud kluster baru”.

Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya 1 meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan. Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri.

Terdapat banyak gambar tular di media sosial hari ini yang memaparkan orang ramai berhimpun tanpa mematuhi SOP termasuk penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka dengan betul di luar kompleks mahkamah tersebut.

Diharapkan tiada lagi kluster baru akan muncul selepas perhimpunan beramai ramai seperti ini dan diharapkan warga Malaysia yang lain dapat mengambil iktibar dari hal ini.

Apa pendapat anda? Jangan lupa komen yang baik baik je !

Sumber : siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *