Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini sememangnya amat membimbangkan. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran gelombang ketiga yang lebih ‘menggila’ sehingga kes positif harian mencecah empat angka.

Sudah pasti petugas barisan hadapan mengalami kepenatan yang berganda memandangkan perlu kembali mengawal penularan ini daripada terus merebak.

Rebah ketika bertugas

Namun, siapa sangka, dalam kekalutan mereka memberikan perkhidmatan yang terbaik, ada di antara mereka ‘gugur’ ketika sedang bertugas.

Menerusi satu perkongsian tular di media sosial pagi tadi, seorang petugas kesihatan yang juga pemandu ambulans telah rebah dan ‘pergi’ mengadap Sang Pencipta.

Berkemungkinan kerana terlalu penat

Mangsa, Ahmad Zamri Sulaiman, 54 menghembuskan nafas terakhirnya kerana terlampau penat selepas menghantar pesakit Covid-19 ke hospital.

Namun begitu, belum ada sebarang kesahihan berkenaan berita tersebut dan hanya tular di media sosial. Walau bagaimanapun, perkara tersebut pastinya mendukacitakan kerana seorang pentugas barisan hadapan telah tumbang ketika khidmatnya masih diperlukan.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah memberi komen diruangan Facebook sumber dengan menitipkan salam takziah buat ahli keluarga mangsa dan mendoakan roh frontliners tersebut ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Salam takziah buat keluarga

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman


Murni tugas yang disempurnakan sebelum ‘pergi’

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Viral Perak via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *