Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram miliknya menitipkan doa buat barisan hadapan petugas perubatan yang sentiasa bersedia dalam menangani wabak COVID-19.

Rakaman tersebut turut berkongsi etika pemakaian personal protection equipment bagi petugas melakukan saringan, pengambilan sampel dan merawat pesakit COVID-19 antaranya prosedur mengambil masa 45 minit untuk satu pesakit, kakitangan ini berisiko mendapat jangkitan, melakukan saringan tanpa henti, persekitaran kerja yang panas dan perlu bekerja tanpa henti.

“Merekalah ‘pejuang’ kita sekarang ini, berkhidmat tanpa mengira masa, keluarga dan keselamatan diri. Sama-sama kita sokong barisan depan kakitangan hospital yang terlibat dengan rawatan pesakit Covid 19 ini dengan memainkan peranan sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap pencegahan awal. Terima kasih semua kakitangan terlibat,” kongsinya menerusi instagram.

Netizen tidak ketinggalan merakamkan ucapan pernghargaan buat warga kerja yang terlibat dalam pengurusan wabak ini terutamanya kakitangan hospital.

Semoga mereka sentiasa dilindungi Allah

Semoga mereka tabah dan kuat hadapi dugaan

Terima kasih KKM

Sehingga kini, seluruh dunia mencatatkan bilangan 182,598 kes dengan jumlah kematian meningkat mendadak kepada 7171 orang.

Jom lihat video dibawah:

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber:MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *