Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Jika kita semua boleh berpuasa di rumah bersama keluarga, bersyukurlah kerana disaat ini petugas barisan hadapan kita sedang berdepan tahap getir. Bayangkan petugas bahagian keselamatan yang bertugas di bawah terik mentari mengawal pergerakan kita semua sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ramandan ini. Begitu juga dengan petugas di bahagian kesihatan yang terpaksa menahan rasa panas apabila terpaksa mengenakan sut pelindung keselamatan (PPE).

Ikuti perkongsian seorang petugas kesihatan, dikenali sebagai Nurul Nadirah mengenai pengalaman pertamanya bertugas ketika pandemic COVID-19 melanda negara.

“Dugaan di awal Ramadhan yg perlu ditempuhi untuk negara. Awal pagi semua bertenaga, beralih petang sorang demi sorang rebah dgn full PPE.

“Menerima kemasukan lebih kurang 20 bas seramai dalam 400 org pelajar dari Cairo. Kemasukan 6 jam tanpa henti, badan makin lemah, ada yang dah muntah, ada yang hampir pitam, ada yang badan dah menggigil.

“Bukan mudah nak lalui perjalanan ini…Aku pun dah lemah di celah mesin fotostat,” kongsinya di laman sosial Facebook (FB).

Perkongsian Nurul Nadirah itu telah mendapat reaksi positif para pengikut di FB yang rata-ratanya mendoakan agar barisan hadapan negara terus bertahan.

Selain itu para pengikut di FB juga mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan negara kerana pengorbanan dan jasa diberikan.

: Dugaan di awal Ramadhan yg perlu ditempuhi untuk negara ❤️Awal pagi semua bertenaga, beralih petang sorang demi…

Dikirim oleh Nurul Nadirah pada Jumat, 24 April 2020

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: FB Nurul Nadirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *