Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Durian dan Kimchi, kedua-duanya adalah sinonim bagi makanan yang melambangkan dua negara berbeza iaitu Malaysia dan Korea.

Dikenali melalui saluran YouTube DurianKimchi TV, pasangan suami isteri Malaysia-Korea iaitu Nik Muhammad Ryzal dan Maryam You Narae sentiasa menghiburkan penonton dengan gelagat bersahaja mereka berdua.

Nik Muhammad Ryzal yang lebih mesra dikenali sebagai Ryzal merupakan seorang jejaka berasal dari Kelantan dan berkahwin dengan suri hatinya Maryam, seorang gadis dari negara Korea Selatan.

Baru-baru ini, menerusi akaun Instagram Durian Kimchi, terdapat sebuah video memaparkan Ryzal menghadiahkan isterinya sehelai sejadah.

Dalam video itu, Maryam menceritakan serba sedikit tentang perangai suaminya ketika solat sewaktu mereka berada dalam kuarantin dan tidak mempunyai sejadah. Jadi, mereka menggunakan tuala sebagai pengganti sejadah.

Menurut Maryam, suaminya mengadu sakit lutut walaupun menggunakan lima lapisan tuala sedangkan dia hanya menggunakan sehelai tuala.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Maryam yang lucu dan comel. Selain itu, mereka turut memuji Ryzal kerana berjaya mendidik isterinya untuk membaca al-Quran.

Jom baca komen netizen

Tak sabar nak tunggu Maryam lancar bahasa Melayu


Bagus suaminya, bab berkaitan agama ambil berat & serius mengajar


Didik mualaf dekatkan diri dengan al-Quran


Moga istiqamah

Terdahulu, pasangan ini melangsungkan majlis perkahwinan pada Ogos tahun lalu di Korea. Mereka mula mencuri perhatian warganet sejak aktif berkongsi kisah di laman sosial.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Instagram Durian Kimchi via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *