Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Melaka: Bapa tiri kepada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang meninggal dunia dipercayai didera, Jumaat lalu pernah didakwa di mahkamah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek yang kini direman tujuh hari pernah didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada 8 September tahun lalu.

“Lelaki itu pernah didakwa kerana memukul isteri yang juga ibu kandung kepada arwah kanak-kanak yang meninggal dunia itu,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini, hari ini.

Ibu kandung kanak-kanan berkenaan juga masih direman berkaitan kes terbabit bagi membantu siasatan polis.

Abdul Majid berkata, buat masa ini pihak polis masih lagi dalam proses melengkapkan kertas siasatan kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.

Lelaki berusia 38 tahun bersama isterinya berusia 32 tahun direman sejak Sabtu lalu selepas dipercayai mendera kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia di Taman Krubong Jaya di sini.

Dalam kejadian Jumaat lalu, kanak-kanak terbabit ditemukan dalam tong air di rumah berkenaan dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di badan.

Jenazahnya dituntut oleh waris keluarga ibu kandung di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Kampung Simpang Bekoh, Jasin pada Isnin lalu.

Jom Lihat apa kata netizen:

“klu ko rasa ko seorg lelaki yg panas baran, baik ko xyah kawin..xyah jadi bapa tiri.. bljar dulu kontrol kemarahan ko tu..baru ko layak kawin”

“mmg kt fb kawan mak kandung tu ade cerita yg bapak tiri tu ade kes pukul isteri n dera anak yg lain tu jugak… guna api rokok n pukul dgn kayu mop… n ade kes dadah jugak… berlakon baik la tu… die jugak lah call polis konon2nye lepas jumpa arwah dlm tong tu… wallahhuaklam… hanya Allah mengetahui segala”

“patut lah masa arwah dah lemas mak dia hanya menangis duk atas sofa..laki pula panas baran kaki pukul bini..mungkin masa kejadian dia tak ada kat umah klu nmpk laki lemaskan arwah mesti dia halang..masa polis smpi arwah dah lemas lebih kurang 2jam.”

“Dah tau laki jahat panas baran apesal nak amik anak tu..ade kecedraan lame kut kat budak tu, xkan dia xtau laki dia dera anak dia….sama bini pun bersubahat klu betul laki dia yg bunuh bdak tuh..”

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *