Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Kebanyakan penduduk tanah air sudah pasti ada yang susah dan ada yang senang, jadi kita sebagai orang berada seharusnya mengeluarkan sedikit rezeki yang diperoleh kepada mereka yang kurang mampu ini.

Begitulah yang berlaku diantara pendakwah ini kepada penyanyi terkenal suatu ketika dahulu.

Ustaz Ebit Lew sebak

Kehidupan daif yang dilalui penyanyi terkenal To’ki bersama isteri tercinta, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, mendapat perhatian pendakwah terkenal iaitu Ebit Lew.

Ebit meluahkan rasa sebak melihat keadaan To’ki dan isterinya yang s4kit yang s4kit tinggal di sebuah pondok kecil sejak setahun lalu.

Menurut Ebit, To’ki menyambut kedatangannya pada Rabu dengan pelukan yang kuat seperti mereka sudah lama mengenali satu sama lain.

 

View this post on Instagram

 

Sebak sayu tadi ziarah To’ki. Best-best lagu. Ramai tag saya di fb berita ini. Saya terus ke sana. Sampai jer dah berdebar kata Allah kedalam juga ini. Sekali sampai pondok ini ini dah setahun To’ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To’ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat. Dari jauh To’ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. Terus To’ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz. InsyaAllah akan bantu untuk Tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh. Dari live kami tadi InsyaAllah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Ebit berkongsi keadaan rumah To’ki bersama isteri

“Sebak sayu tadi ziarah To’ki. Best-best lagu. Ramai tag saya di FB berita ini. Saya terus ke sana. Sampai saja dah berdebar kata Allah ke dalam juga ini.

“Sekali sampai pondok ini ini dah setahun To’ki tinggal bersama isterinya yang sak1it. To’ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat. Dari jauh To’ki terus sambut saya dan terus pelvk saya.

“Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. Terus To’ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz,” kata Ebit menerusi laman sosial miliknya.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan kata pujian daripada netizen yang mendoakan agar segala urusan Ebit membantu penyanyi lagu Hampa itu dipermudahkan.

Sebelum ini, kisah mengenai To’ki yang tinggal di pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor bersama isterinya yang sakit menjadi perhatian umum.

Kata To’ki, biar apa sekalipun persepsi masyarakat terhadap kehidupan serba kekurangannya, namun teratak kecil ini baginya saling tidak ubuah sebuah ‘syurga’ buat dia dan isteri.

Dugaan berganda buat To’ki apabila pergerakan isterinya terbatas kerana mengalami pat4h tulang pinggul akibat kemal4ngan pada 10 Jun lalu.

To’ki juga ada meluahkan hasrat untuk mengusahakan pemasangan paip bagi membolehkan bekalan air dipam dari sungai berdekatan ke kediamannya bagi memudahkan urusan kehidupan harian.

Ebit kongsi momen bersama To’Ki

Dalam pada itu, Ebit memberitahu dia yang menghadiahkan sebuah peti ais serta mesin basuh untuk pasangan tersebut.

Selain itu, menerusi siaran langsung Ebit, individu yang dikenali sebagai Hj Hamid dari Kulim, Kedah juga akan memberikan kayu pain untuk membina sebuah rumah cantik untuk To’ki dan isteri.

“Insya-Allah akan bantu untuk tangki dan water pump air sungai serta bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh.

“Dari live kami tadi InsyaAllah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang,” ujarnya.

To’ki turut menerima bantuan dari Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan iaitu sebuah kediaman kondusif yang sewanya akan dibayar selain komputer riba.

Tindakan Pantas PPZ Wilayah

Tidak pernah mengeluh, jauh sekali menyesali ketentuan takdir, To’ki, 53, yang setia ditemani isteri tercinta, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, bersyukur kerana masih memiliki tempat berlindung.

“Saya bina pondok ni sejak tiga tahun lalu lagi sebenarnya (tetapi) duduk sini dalam setahun lebih.

PPZ Lawat Tok Ki 

“Alhamdulillah baru sahaja selesai menziarahi penyanyi dan pengkarya muzik, To’ki di pondoknya tengahari tadi.

“Saya bersama sahabat dari @501awani , Raja Hisyam dan sahabat baik To’ki, saudara Baim bertanya khabar di samping menawarkan sedikit bantuan kepada To’ki dan isteri.

“Alhamdulillah kami di PPZ-MAIWP melalui Khaira PPZ (CSR) akan cuba membantu menyediakan rumah yang selesa untuk To’ki dan isteri beristirahat selain bantuan-bantuan yang lain.

“Semoga dengan bantuan ini, To’ki dapat terus berkarya dan menghiburkan semua peminatnya.

Semoga perbuatan Ustaz Ebit mendapat reda Ilahi dan sama sama kita berdoa supaya urusan To’ki dipermudahkan dan mendapat rezeki yang melimpah ruah.

Ha dah baca, jangan lupa komen yang baik baik sahaja!

Sumber : Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *