Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sentiasa pantas dalam membantu orang-orang yang memerlukan, Ustaz Ebit Lew sekali lagi dipuji oleh warganet kerana membantu seorang nenek yang hanya tinggal di sebuah bangsal kecil.

Melalui kirimannya semalam, Ustaz Ebit Lew telah sampai ke Tumpat, Kelantan bagi menziarahi nenek tersebut yang dipercayai telah tinggal selama 12 tahun di situ.

Terbaru, Ustaz Ebit Lew pagi ini berkongsikan mengenai proses pembinaan rumah baharu untuk nenek yang berusia 70 tahun itu.

Alhamdulillah pagi ini dapat bantu bawa kayu, zink, dan keperluan buat rumah untuk nenek ini berumur 70 tahun. Makcik ini menangis. Katanya setiap 12 tahun berdoa nak bagi ada rumah dan tempat solat sempurna jer.

Tangisannya buat saya rasa sebak sayu. Saya minta beliau doakan saya. Syukur tadi bersama Dila dan rakan yang lain dapat membantu makcik ini. Ya Allah tuhanku.

Sedih rasanya.Syukur dapat bantu bayarkan tukang dan siapkan barang buat rumah. Kerja dah dimulakan. InsyaAllah 10 hari ini boleh siap semuanya. Makcik ini gembira sangat. Beri juga sedikit sumbangan belanja tadi-Ebit lew

Dah baca? Jangan lupa like share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Ebit Lew via SK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *