Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Beberapa hari terdahulu, tular di laman sosial ibu kandung mereka ‘pergi’ dalam satu insiden yang berlaku ketika dalam perjalanan menuju ke sekolah.

Si abang sama sekali tidak menyangka nahas jalan raya yang berlaku hingga menyebabkan kesesakan itu melibatkan ahli keluarganya.

Jumpa Ustaz Ebit Lew, abang menangis teresak-esak sambil dakap adik dengan erat

Susulan itu, Ustaz Ebit Lew telah pun ke kediaman nenek kepada kedua-dua beradik itu di Kuantan untuk melawat mereka. Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram pendakwah bebas itu, si abang menangis teresak-esak sambil mendakap adiknya erat.

Baru berusia 18 tahun tapi sudah bekerja bantu ibu untuk sara keluarga

Ustaz yang sebak melihat moment tersebut hanya mampu menenangkan mereka supaya terus kuat menjalani hidup walaupun tanpa ibu.

Remaja berkenaan yang baru berusia 18 tahun sebelum ini pernah bekerja di kebun getah bagi membantu ibunya menyara keluarga kecil mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak serta simpati dengan nasib yang menimpa mereka berdua. Selain itu, mereka turut memuji tindakan pendakwah tersebut yang datang untuk menghulurkan sokongan moral dan juga sumbangan bagi meringankan beban ditanggung.

Peritnya sebab tengok sendiri jasad ibu.

Ya Allah, Kau permudahkan lah urusan mereka

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Instagram dan Facebook Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *