Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

SELAYANG – Perkongsian Ustaz Ebit Lew di laman sosial Facebook beliau membuktikan bahawa di saat kita mengeluh terpaksa berkurung di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rupa-rupanya masih ada lagi insan yang tidak mempunyai rumah.

Beliau yang terkenal dengan kerja amal dan kebajikan mendedahkan nasib seorang ibu yang sedang hamil bersama anak kecil yang hanya mampu berteduh di bawah jambatan.

Menerusi perkongsian itu, beliau dimaklumkan seorang wanita tentang kisah dua beranak itu sebelum bergegas keluar dari rumah jam 11.30 malam.

Dalam perjalanannya, Ustaz Ebit Lew disapa oleh anggota polis ketika membuat kawalan PKP dan bertanyakan arah tujuan beliau.

Bagaimanapun, atas keprihatinan anggota polis tersebut, beliau diiringi salah seorang anggota untuk sama-sama membantu dua beranak itu.

“Sampai atas (jambatan) menangis tengok adik comel ni dah tidur. Sejuknyalah ya ALLAH. Alas kotak jer. Macam anak saya kecil. Dah lena dekat rumah. Adik ni atas jambatan susahnya,” tulis beliau.

Kata Ustaz Ebit Lew, beliau lega apabila wanita tersebut mengenalinya dan terus membawanya pulang ke rumah buat sementara waktu.

Menerusi kiriman yang sama, Ustaz Ebit Lew memohon orang ramai supaya memaklumkan kepada beliau sekiranya terdapat rumah untuk disewa di sekitar Kuala Lumpur atau Gombak.

“ALLAH sayang,” ujarnya.

Kisah meruntun jiwa itu menarik perhatian netizen yang berharap lebih ramai tampil membantu golongan memerlukan.

Menerusi halaman FB Ebit Lew:

Baru nak baring lepas live tadi tengok ramai tag saya di fb Amin Mean jumpa adik ni tidur dekat jambatan patron selayang…

Dikirim oleh Ebit Lew pada Selasa, 31 Maret 2020

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *