Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

KUALA LUMPUR: Pelakon Edika Yusof dua hari lalu telah memuat naik posting isterinya sedang menjani fisioterapi di laman sosial Instagram (IG). Pada ruangan kapsyen, Edika memberitahu isterinya sudah 14 tahun tidak berdiri dan sedang menjalani latihan fisio yang dipanggil ‘Tilt Table’. Menerusi video yang dimuat naik tersebut isteri Edika, Nor Hidayah Yusri turut kelihatan ceria dan positif. Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat semangat ditunjukkan Not Hidayah dan memuji Edika kerana sentiasa disisi isterinya dalam apa jua keadaan.

Mereka turut mendoakan agar Edika terus memberi semangat kepada isterinya supaya dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain selepas ini. Edika turut membalas komen yang ditinggalkan pengikut pada posting tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada yang telah mendoakan dan memberi kata-kata positif.

Jom Lihat Video Dibawah:

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG edika yusof

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *