Selepas menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam usaha memiliki cahaya mata, pelakon Siti Elizad Sharifuddin sempat merasai nikmat sebagai ibu hanya untuk seketika.
Berita sedih tersebut dikongsi di laman Instagram miliknya yang memaklumkan kandungan beliau tidak kuat selain mengalami pendarahan minggu lalu.
“Allah bagi rasa nikmat jadi IBU tu minggu lepas. Tapi DIA ambil balik. Terjentik sungguh “RASA” itu. Dimaklumkan pregnant minggu lepas.
“Masyaallah dia punya happy tak tau nak kata, sebab dah lama menanti tapi kandungan tak kuat & bleeding. Tak tau nak gambarkan perasan macam mana. Terduduk seketika,” luahnya.
Bagaimanapun, pelakon berusia 36 tahun itu reda dengan ujian yang diberikan Allah SWT dan berharap akan memperoleh rezeki lain pada masa akan datang.
“Tak mengapa, Inshaallah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying.
“See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my IVF journey,” katanya.
Terdahulu, pemilik nama Siti Elizad Mohamad Sharifuddin itu mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
Jom baca komen warganet di instagram Elizad
Jangan putus asa
Stay strong kak
Ada yang terbaik yang Allah akan bagi
Dah baca jangan lupa like, share dan komen ya. terima kasih
Sumber: Siti Elizad via OMM