Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Genap sebulan mengikat tali pertunangan, akhirnya Elly Mazlein,39 dan pasangan selamat dinikahkan sendiri oleh bapanya, Syed Hanafi bin Syed Abdullah.

Sama cantik sama padan

Anggun menggenakan sepersalinan busana berona putih, Elly atau mesra disapa Kak Lina sah bergelar isteri kepada Muhamad Azlan bin Che Nuh, 29 dengan sekali lafaz.

Menerima mas kahwin seutas rantai emas berharga RM1,800 , Kak Lina dan Azlan terlihat lega dan gembira diatas pernikahan mereka yang berjalan dengan lancar.

Majlis berinai diadakan semalam

Terdahulu, Kak Lina telah membuat majlis berinai disamping memperkenalkan kepada media wajah dan identiti suaminya yang berasal dari Kelantan.

Gimik Azlan masuk ke dewan dengan lengkap berbusana seperti seorang raja sambil mendukung anak perempuan Kak Lina benar-benar mengundang teruja semua pihak.

Majlis bertema Malam Bulan Di Pagar Bintang

Majlis pernikahan yang berlangsung  diadakan pada malam ini bertemakan “Malam Bulan Di Pagar Bintang” terlihat cukup eksklusif menerusi muat naik di Instagram pelakon utama Kampung People ini.

Jom Lihat Apa Kata Netizen:

Selamat pengantin baru Elly Mazlein dan Azlan. Semoga bahagia hingga jannah!

Apa kata anda? Dah baca jangan lupa share dan komen ya. Terima kasih.

Sumber : omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *