Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Semalam telah berlangsungnya upacara majlis malam berinai buat pelakon kesayangan rakyat Malaysia, Elly Mazlein atau pun lebih mesra dengan panggilan Kak Lina PomPom. Majlis diadakan dengan penuh meriah dan warna warni.

Semalam juga merupakan buat pertama kali wajah jejaka misteri, Azlan didedahkan buat tatapan para peminat. Memang tampan dan sepadan dengan Kak Lina. Situasi agak sebak apabila Azlan berjalan masuk dengan mendukung Sefhia yang nampak begitu manja dengannya.

Majlis giIang gemiIang diadakan di Putra World Trade Centre. Hiasan dewan yang nampak indah adalah hasil rekaan Achare Lapanbelas. Ternyata mereka berdua nampak serasi bagai pinang dibeIah dua. Ditambah pula dengan busana cantik yang direka oleh Jimmy Couture dan solekan dari Gebriel Padan. Sungguh manis Kak Lina bagaikan puteri Melayu.


Beberapa persembahan turut dipersembahkan iaitu dari pertunjukan silat dari anak-anak silat dan tarian dari Tarian Sazlan Dancer Junior. Selesai majlis, Kak Lina ditanya tentang apa yang diharapkan dalam perkahwinan kali ini.

” Mengharapkan agar kebahagian milik Kak Lina, jadilah yang setia pada mama.” Ujar Kak Lina dengan nada sebak.

Sebak dengar harapan dan permintaan Kak Lina buat bakal suami. Kami doakan agar perkahwinan yang bakal dibina nanti akan terus kekal sampai syurga. Semoga Papa Awan Nona dapat berpegang pada janji untuk menjaga Kak Lina dan Sefhia.

Lihat video penuh dibawah:

Malam yang penuh dengan cinta . Sebak pula kita tengok video ni. Malam ni kita tengok wajah Kak Lina sangat berseri & penuh bahagia.Begitu juga dengan anak manja Kak Lina iaitu Sephia & Ayahanda kak Lina. Berbahagialah kalian hingga ke Jannah!

Para peminat dan rakyat Malaysia turut sama mendoakan kebahagian buat Kak Lina sekeluarga. Ramai yang puji ketampanan Papa Awan Nano. Patut la sorok muka sebelum ni.

Aku pulak yang nangis

Sebak pulak saya

Mata masuk habuk

Apa kata anda? Dah baca, jangan lupa like share dan komen ya. Terima kasih

Credit: Instagram Amy_Miyake

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *