Gamat sungguh set MeleTop pada Selasa lalu, nampaknya gandingan antara pelakon Elly Mazlein dan juga Nabil Ahmad mendapat respon positif daripada para penonton.
Mana tidaknya, walaupun baru pertama kali bergandingan dengan Nabil Ahmad, Elly Mazlein atau digelar sebagai Kak Lina Pompom kelihatan serasi dan berjaya menghidupkan suasana.
Nak kak Lina jadi hos tetap
Dengan karakter ‘gedik-gedik manja’ dan selamba, boleh dikatakan episod MeleTop bersama Elly Mazlein sangat kelakar dan menghiburkan.
Part buat tiktok ‘Suling Sakti Spongebob’ paling kelakor
Antara segmen yang paling mencuit hati adalah, ketika mereka menembual finalis Hero Remaja 2020 dan apabila kesemua peserta bersama dua hos melakukan aksi tiktok ‘Suling Sakti Spongebob’, membuatkan penonton berdekah ketawa.
Sokong kak Lina jadi hos tetap
Menerusi ruangan komen pula, dilihat rata-rata netizen berharap agar Ellya Mazlein terus kekal menjadi hos tetap MeleTop bersama Nabil Ahmad.
Nabil dan Elly Mazlein hos mantap
Kekalkan Elly Mazlein Pleasee
Tergelak habis tengok
Setakat ini, episod tersebut telah mendapat 614,790 kali tontonan dan kini trending no 7 di Youtube. Tidak dapat dinafikan gandingan antara Elly Mazlein dan Nabil Ahmad kali ini boleh dikatakan berjaya.
Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih
Sumber: OMM