Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Majlis pernikahan Emma atau nama sebenarya Fatimah Rohani dan Syazli yang berlangsung di Shah Alam itu dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pasangan.

Perkara tersebut disahkan menerusi video yang dirakam secara langsung oleh kakak Emma, dikenali sebagai Beby Maembong di laman sosial Instagramnya.

Beby membuat rakaman secara langsung sekitar hari pernikahan Emma menerusi ruangan IG Storynya  bermula pukul 11.30 pagi, Khamis.

Menerusi rakaman tersebut Emma anggun berbusana putih diapit masuk ke dewan nikah oleh adiknya, pelakon Chacha Maembong.

Manis Emma diatas pelamin

Dengan sekali lafaz, Emma Maembong, 27, sah bergelar isteri kepada Muhammad Shazli Azhar, 32, pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara, di sini, jam 11.58 pagi tadi.

Berwalikan bapa kandung

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong.

Pada majlis berkonsep rona putih dihadiri 300 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000 dan senaskhah al-Quran, selain tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang.

Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga. Selain adik-beradik Emma seperti Chacha Maembong, rakan artis lain yang hadir adalah Mawar Rashid, Alvin Chong, Aprena Manrose dan Oktovia Manrose.

Anggun mengenakan persalinan rona putih rekaan Ezuwan Ismail, Emma atau nama penuhnya, Fatimah Rohani Ismail bersyukur perancangan sejak beberapa bulan lalu lancar.

Cantiknya emma!

Kacaknya suami!

Terdahulu, Gempak pernah menyiarkan berita mengenai perancangan Emma untuk bernikah dengan seorang lelaki berketurunan kerabat pada 22 Februari 2020.

Namun akhirnya, pasangan ini memilih tarikh 20 Februari 2020 (20022020) untuk memahat kasih abadi mereka.

Tahniah Emma Maembong dan suami!

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen ya. Terima kasih

Sumber:OMM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *