Semalam, pelakon cantik Emma Maembong dilaporkan selamat bersalin cahaya mata lelaki namun dia dan suami serta seluruh ahli keluarganya masih mengunci mulut berkenaan hal tersebut.
Selepas berita itu tular, suami kepada Emma iaitu Muhammad Shazli Azhar telah memuat naik video mengiyakan perkara tersebut dengan menyertakan sekali wajah anak sulung mereka.
Sudah buat majlis aqiqah
Dalam perkongsian tersebut, Shazli menyatakan bahawa putera kesayangan mereka dilahirkan pada 8 November lalu dan majlis Aqiqah juga telah selesai diadakan.
Selain itu, suami Emma yang juga seorang juruterbang turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak lelaki mereka yang terlihat sangat comel.
Menerusi posting tersebut, rata-rata rakan artis dan juga warganet telah mengucapkan tahniah atas kehadiran orang baru dalam keluarga selain turut memuji kecomelan bayi sulung pasangan ini.
Jom baca komen netizen
So cute
Congratulations!!
Congrats Li & Emma
Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen yea. Terima kasih
Sumber: Shazli.a via OMM