Siapa sangka pelakon kecil molek, Erynne Erynna yang pernah popular suatu ketika dahulu kini berbadan dua selepas berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya pada 17 April tahun lalu.
Menerusi laman Instagram, pelakon berusia 24 tahun itu memuat naik sebuah posting gambar sambutan Aidilfitri yang tampil sedondon berwarna ‘pastel’ bersama suami dan keluarganya.
“Selamat hari raya maaf zahir dan batin daripada kami dan keluarga tercinta ❤️ Alhamdulillah syukur dapat beraya lagi tahun ni.
“And this time plus with our lil bundle of joy in my tummy hehe.. so how’s your raya so far guys?,” tulisnya sambil meletakkan tanda pagar #hamil7bulan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata ramai terasa tua dan terkejut melihat perkembangan terkini pelakon drama popular The Gadis itu malah tidak menyangka Erynne bakal bergelar seorang ibu tidak lama lagi.
Cepatnya masa berlalu
Terasa tua pulak aku
Dari kecik tengok dia berlakon, dah kawen dah ya
Rasa macam dia kecik lagi
Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih
Sumber: OMM via erynneerynna