Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Walaupun ia banyak terdapat di kompleks bangunan besar dan rata-rata daripada kita kerap menggunakannya, namun tak dinafikan bahawa eskalator boleh menjadi kemudahan yang agak menakutkan bagi sesetengah pihak.

Lebih-lebih lagi golongan kanak-kanak kecil yang sudah banyak kali ada insiden terjatuh atau terperangkap di dalam alat tangga bergerak tersebut.

Malah rasa takut boleh timbul kerana tak biasa melihatnya yang bergerak agak laju.

Si cilik takut nak turun sorang-sorang…sempat ketawa tengok gelagat anak

Menerusi sebuah video yang tular di luar negara ini, seorang kanak-kanak perempuan telah berdepan detik cemas apabila ditinggalkan sendirian di eskalator.

Tanpa pegang tangannya langsung, si ibu tersebut terus saja turun sambil menoleh senyum lihat gelagat anaknya.

Bagaimanapun si cilik yang memakai skirt merah jambu tersebut dilihat seolah-olah buntu & merengek apabila ‘ditinggalkan’ oleh ibunya.

Mujurlah ada seorang wanita memimpinnya naik eskalator tersebut dengan berhati-hati sebelum bertemu dengan ibunya semula di bawah.

Hati-hati bila bawa anak ke mall eskalator boleh undang risiko…nasib baik ada orang baik mahu tolong

Rata-rata netizen yang menyaksikan video berikut nyata risau tentang keselamatan kanak-kanak tersebut, selain mengkritik tindakan ibunya.

Ini respon netizen,

Kenapa tinggalkan anak?

Boleh jadi benda tak diingini..

Dalam pada itu, mereka turut berpesan supaya menjaga keselamatan anak-anak walau di mana saja.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: makassar_iinfo via Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *