Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Hubungan antara Eyka Farhana dan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), iaitu Akhyar Rashid bukan lagi satu rahsia apabila pelakon jelita itu mengesahkan sendiri hubungan cinta mereka tahun lalu.

Diam tak diam, hari ini merupakan tarikh istimewa buat pelakon drama Budak Tebing itu kerana sudah genaplah usianya mencecah 26 tahun! Kejap je masa berlalu ya.

Happy birthday Eyka!

Meninjau ke laman Instagram milik Eyka, ternyata ramai teman-teman yang mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari jadi buat dirinya menerusi Instastory.

Dah tentulah tidak lupa juga buah hatinya, Akhyar atau nama sebenarnya Muhammad Akhyar Abdul Rashid turut memberi ucapan istimewa di Instastory juga.

‘Happy birthday’ cinta!

“Happy birthday love semoga dirahmati. I love you so much,” tulis pemain berusia 21 tahun itu dengan memuat naik gambar Eyka.
Bila teman lelaki sendiri beri ucapan berbunga, mestilah empunya diri membalas ucapan istimewa itu dengan mengucapkan terima kasih selain meluahkan rasa cinta yang tidak terhingga kepada jejaka kacak berkenaan.

Namun terdapat juga komen daripada netizen menerusi ruangan komen yang melabel Eyka Farhana sebagai pisau cukur:

Min disini ingin meminta netizen dan orang ramai sentiasa mendoakan kebaikan pada pasangan ini agar berjaya bukan sahaja di dunia ini, namun di akhirat juga.

Terdahulu, Eyka mula menerjah ke bidang lakonan pada 2010 dengan hasrat untuk membantu keluarganya. Bakatnya mula dikesan sebaik saja melakonkan watak tambahan dalam drama TV3, Gemilang.

Aww… So sweet pasangan kekasih selebriti ini. Bersemut sungguh! Semoga cepat-cepat disatukan ke jinjang pelamin.

Sumber: Instagram Eyka Farhana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *