Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Selain graduasi, moment orientasi pada minggu pertama menjejakkan kaki di kampus pastinya disifatkan sebagai tempoh yang agak penat sampai ada pelajar yang tak cukup tidur.

Masa ni, macam-macam aktiviti perlu dibuat termasuklah soal pendaftaran. Sekiranya ada perasaan menyampah dengan senior atau fasilitator sepanjang tempoh orientasi tersebut memang normal, sebab merekalah yang akan ‘mengarah’ kita ke sana sini.

Perangai tipikal abang akak fasi minggu orientasi…habis semua ‘dibahan’ dalam parodi gadis ni

Menerusi sebuah video yang hangat tular di aplikasi TikTok, gadis dikenali sebagai Batrisyia ini telah membuat parodi tentang perangai serta ayat yang selalu dilontarkan oleh para fasilitator di kebanyakan universiti.

Daripada sesi perkenalan diri, merungut jika ada pelajar tak ikut arahan serta senaman pagi, semuanya ditonjolkan oleh gadis tersebut dalam nada yang cukup lucu.

Siapa sangka, video berdurasi 59 saat itu telah meraih lebih 200 ribu views setakat ini.

Asyik buat chicken dance macam takda senaman lain…tak habis-habis dengan ayat korbankan cuti semester tu

Menjengah ke ruang komen, netizen seakan-akan boleh relate dengan semua situasi yang diketengahkan oleh gadis tersebut.

Selain terhibur ‘Chicken Dance‘ masih digunakan sebagai sesi senaman hingga tahun ini, mereka turut berseloroh tentang ayat rungutan yang biasa diungkapkan para fasilitator.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih.

Sumber: TikTok applekwumble via Erin Sakura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *