Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Masih terbayang keindahan majlis perkahwinan pelakon Farah Nabilah penghujung tahun lalu. Siapa sangka pelakon jelita ini akan membuat kejutan kepada ramai kerana Farah tidak pernah berkongsikan kisah cintanya ini. Hanya kawan karibnya yang terdekat sahaja mengetahui rahsia Farah ini.

Setelah bertahun menjalin hubungan, pasangan ini dinikahkan dengan suasana dan sambutan yang sangat meriah. Muhammad Amirul Yunus akhirnya menjadi suaminya yang sah. Cantik sepadan bagai pinang dibelah dua, perkembangan Farah semakin diikuti oleh peminat setianya untuk melihat kehidupan barunya itu.

Setelah enam bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Farah Nabilah mengumumkan dirinya kini berbadan dua dengan usia kehamilan hampir mencecah lima bulan.

Berita gembira tersebut dikongsi Farah atau nama penuhnya Farah Nabilah Saipuddin menerusi laman Instagram yang meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki Allah SWT selain memohon doa daripada orang ramai.

Menerusi akaun Instagram, Farah Nabilah telah berkongsikan satu video yang menunjukkan beliau bersama suaminya Amirul dengan kapsyen yang buat peminat teruja. Mengumumkan kehamilan pertamanya itu, wajah bahagia Farah dan Mirul jelas kelihatan. Gembira sungguh tengok senyum manis Farah ini.

Jom tonton video di bawah :

“Assalamualaikum aunties & uncles! Alhamdulillah, Masya Allah wa Laahawla wa Laquwwata Illa Billah. Please do send us your doa ya? 🤗 So, mini me or mini mirul? #19weekspregnant,” tulisnya.

Posting pelakon berusia 28 tahun itu dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta peminatnya selain mendoakan agar kandungan pertama tersebut dalam keadaan sihat dan selamat.

Alhamdulillah tahniah!


Berita yang menggembirakan!


Moga dipermudahkan segalanya

Alhamdulillah hanya kesyukuran dapat diucapkan kepada Allah atas kurnianya ini. Meriah sungguh 2020 dengan berita kehamilan dan kelahiran bayi ramai selebriti. Apa pun, Semoga Farah dan kandungannya ini sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan segala urusannya nanti.

Terdahulu, Farah selamat bergelar isteri kepada seorang juruterbang Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember lalu di Royale Chulan Damansara dengan menerima RM77,777.77 sebagai wang hantaran.

Namun, menerusi ruangan komen ada netizen yang memetik nama Risteena dan Ruhainies yang suka menunjukkan hubungan sweet mereka dan pasangan di instagram tapi masih belum berkahwin. Apa pun, kita doakan yang baik baik ya. Semoga mereka cepat menghalalkan hubungan. amin..

Bagus farah nabilah ni diam diam terus kawin

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *