Fasha Sandha Bersyukur Dikurniakan Ibu Mertua Terbaik Di Dunia, Ini Pula Respon Netizen
Selepas hampir setahun berkahwin dengan Aidil Aziz, pelakon jelita Fasha Sandha menghitung hari bagi menimang bayi perempuan yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Terbaru, Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan memuat naik gambar bersama ibu mentua Rokkiah Md Noor ketika majlis pertunangan adik iparnya Ikmal Aziz.
Pelakon berusia 35 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada ibu mentuanya yang disifatkan paling terbaik di dunia ini.
“Terima kasih Allah diatas ibu mertua yang terbaik di dunia. I love you ibu (ibu takde Instagram mahupun Facebook),” tulisnya.
Tidak dinafikan, memiliki mentua yang menerima seadanya dan memahami kedua-dua belah pihak adalah perkara membahagiakan dalam sebuah perkahwinan.
Justeru rata-rata peminatnya menganggap perkara tersebut merupakan rezeki Fasha apabila mempunyai ibu mertua yang menyayangi serta memberi layanan terbaik seperti anak sendiri.
Menerusi perkahwinan terdahulu dengan Jejai, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma. Kini Fasha sedang hamil 16 minggu.
Alhamdulillah happy tengok
Suka tengok muka ibu mertua
Lembut wajah mertua
Tengok pun tenang jerr
Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih
Sumber: OMM