Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sejak bergelar isteri kepada Da’i Farhan, Dr. Erin sering berkongsi kisah kebahagiannya dan detik-detik indah bersama dengan suami yang tercinta.

Terbaru, Dr. Erin telah berkongsi di IG mengenai pandangannya terhadap poligami berserta dengan beberapa foto memaparkan dia berjumpa dengan bekas isteri, Dai Farhan, iaitu Fatin Nurul Ain, telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Dr. Erin pergi jumpa Fatin

Di dalam gambar tersebut kelihatan Dr.Erin dan Fatin sempat berpelukan dan sangat mesra sekali. Ketika itu, Dai Farhan juga turut kelihatan bersama.

Dalam pada itu, Erin turut memuji sikap Farhan yang professional dan matang dalam menguruskan hal rumah tangga.

“Wahai zaujku @farhanmutawwif, Engkaulah seorang manusia yang boleh memberikan jawapan dari ramai2 ustaz yang saya pernah tanya dari segi agama kenapa saya harus terima berpoligami pada awal perkenalan.

“Suamiku inilah manusia yang boleh menjawab semua persoalan ku dan mengubah hati dan akalku tentang kenapa orang perempuan kena sakit hati dalam bab ni mcm tak adil je..apa perasaan lelaki kalau perempuan dia ada laki lain mesti sakit kan.

“Tp ayang boleh memberikan jawapan yang boleh membuka hati saya untuk berpoligami ketika itu walaupun saya seorang anti poligami..tak mungkin sy berkongsi suami dengan orang lain saya rela menjanda 100 kali pun.

“Biarla org nak kata saya atur laki dlm hidup sy, janji sy xshare dan xamik laki org, saya xkisah keje siang malam untuk besarkan anak walaupun bekas2 suami xbagi sekupang pun, sy boleh hadapi semua ujian yang diberi cuma saya selalu berdoa jgnla Engkau Ya Rabb uji saya dengan dapat laki kaki perempuan or laki orang sebab tu je yang xmampu saya hadapi dlm dunia ni, saya selalu kata saya yakin Allah ada dan selalu minta Allah jaga hati sy,” tulisnya.

Meski pernah dicemuh masyarakat mengenai kisah rumah tangganya bersama Farhan, namun dia tetap positif dan tenang menghadapi dugaan dariNya.

“Tapi tula bila Allah nak makbulkan doa2 kita ni Allah uji dulu betul ke ko betu2 beriman ko redha dengan segala ujian segala takdir yang Aku tetapkan walaupun tu paling ko xmampu hadapi.

“Allah beri saya 1 tiket ujian di cemuh di keji sbb kawin laki org benda yang saya paling xboleh hadap tapi tula saya rasa saya dah boleh hadapi semua ni dengan hati yang tenang.

“Moga Allah mendengar dan makbulkan doa saya untuk jadi macam arwah mama saya yang sangat penyabar orangnya dalam kehidupannya yang di madukan dan di abaikan tp dia redha xpernah ckp buruk pasal suaminya walaupun depan kami anak beranak sebab dia kata mungkin ni tiket dia untuk masuk syurga melalui suami dia yang abaikan dia..sampai akhir hayat mama, abah tetap true love mama walaupun abah ada true love yang lain.

“Perginya mama dalam keadaan yang sangat indah mengadap cinta Agong moga Allah tempat kan mama di syurga bersama org2 yang sabar..saya pun akan korban perasaan sy juga kalau itu boleh membuatkan suami dan anak2 sy happy.

“Untuk zaujku yang dikasihi tetaplah memberi ilmu kebaikan walaupun kadang2 kita dianggap salah kerana kita smua pendosa dimuka bumi ni xde sorang yang xbuat salah..jalani kehidupan dengan sebaik mungkin.

“Selagi mana saya masih isteri saya akan sentiasa berada di belakang ayang..kalau ditakdirkn sebaliknya ayang tetap tok imam favourite sy,” akhirinya. 

Memaafkan itu sunnah

Sementara itu, Fatin di dalam IG memberitahu bahawa dia kini mahu menjadi lebih kuat untuk berhadapan dengan segala ujian, dan memilih untuk memaafkan.

“Saya juga manusia yang lemah, tidak lari dari kesilapan. Memaafkan itu sunnah. InshaaAllah saya tidak akan U-turn dengan ujian yang pernah saya lalui…”

Hatinya lebih mulia

Kagum dengan kemuliaan hati bekas isteri pendakwah itu, menerusi ruangan komen, rata-rata terharu dan memuji dengan sikap fatin yang redha dan memaafkan Erin.

Bermaafan lebih baik

Fatin sangat hebat

Alhamdulillah beliau dah redha

Apa kata anda? Dah baca jangan lupa share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: OMM dan MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *