Selepas seminggu melahirkan anak perempuan, selebriti cantik, Nur Fazura telah mendedahkan nama puteri sulungnya di Instagram @Fattzuralovelife.
Memilih nama Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah, bayi perempuan yang lahir pada hari Jumaat 2 Oktober lepas terlihat sihat dan comel di dakapan Fazura.
Tak nak dedahkan anak kerana masih kecil
Menerusi perkongsian video tersebut juga, terlihat Fatima sedang lena sambil dibelai ibunya. Jadi, Fazura dan Fattah Amin memilih untuk mengelakkan dahulu bayi mereka daripada pendedahan di media sosial.
Masya Allah cantiknya nama
Sehubungan dengan perkongsian nama dan sosok Fatima di Instagram, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai di muat naik tersebut.
Mereka juga mendoakan agar Fatima membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.
Jom baca komen netizen.
Iras-iras daddy dia la
Sejuk je nama Fatima Aisya
Fattah,Fazura & Fatima
Dah baca? Jangan lupa like, share dan kome ya. Terima kasih.
Sumber: Instagram Fattzuralovelive via OMM