Skodeng Artis

Fattah Amin Throwback Kisah Perkenalan Dengan Fazura- Jom Kahwin

Pada 27 September lalu, Fazura menerima kejutan majlis hari jadinya yang ke-37 beserta baby shower. Dia juga kelihatan sangat sebak dengan surprise berkenaan.

Lebih mengharukan lagi apabila suaminya sendiri iaitu Fattah Amin memberikan ucapan sweet pada hari istimewa itu.

Sempat throwback waktu pertama kali, pernah rasa segan nak bercakap dengan Fazura

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna Instagram bahtamdolly, Fattah Amin menceritakan detik pertama kali bertemu isterinya.

Aktor ini mengakui berasa malu pada mulanya disebabkan reputasi Fazura sebagai seorang pelakon yang telah lama berkecimpung dalam industri hiburan.

Disebabkan ingin meredakan sedikit perasaan awkward, Fazura secara spontan memuji dan mengajak Fattah Amin untuk berkahwin.

Banyak belajar daripada isteri, tak pernah jumpa orang yang lebih pemurah daripada Fazura

Selain itu, aktor berusia 30 tahun ini turut akui banyak belajar untuk menjadi seorang yang lebih yakin sepanjang bergelar suami kepada Fazura.

Tidak cukup dengan itu, Fattah Amin juga mendedahkan sisi pemurah isterinya serta bersyukur dengan rezeki yang datang bergolek.

Sempat ucapkan terima kasih kerana melayan segala ragam ketika mengandung

Dalam satu lagi posting yang lain, Fazura turut dilihat memberikan ucapan . Pelakon filem ‘Gol dan Gincu’ berkenaan sempat mengucapkan terima kasih kepada si suami kerana kekal bersabar melayan kerenah sepanjang tempoh kehamilannya.

“Saya tak rasa layak untuk miliki suami seperti awak. Terima kasih sebab selalu layan saya terutama bab mood swing, kuat makan dan kuat nangis tu”- Fazura

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih.

Sumber: IG bahtamdolly, _fazurabeautymelaka via Erin Sakura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *