Hiburan Skodeng Artis

Bawa Anak Pergi ‘Check-Up’, Fazura Dipuji Cantik Walaupun Dalam Tempoh Berpantang

Baru-baru ini, pelakon jelita Nur Fazura selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Nur Fatima Aisya dimana pastinya menjadi detik terindah buat dirinya dan suami.

Melalui pengalaman pertama sebagai seorang ibu, pelakon juga isteri kepada aktor Fattah Amin itu dilihat teruja menjalani rutin harian sebagai seorang ibu.

Cantiknya Mommy

Namun, posting terbaru yang dimuat naik ternyata mencuri tumpuan peminat yang terpegun melihat kejelitaan pelakon berusia 37 tahun itu.

Dalam posting berkenaan, pelakon filem ‘Manisnya Cinta di Cappadocia’ itu kelihatan anggun dan berseri dengan mengenakan blouse berwarna hitam.

 

Keserian dan kegembiraan sebagai seorang ibu jelas terpancar di wajahnya yang mendukung Fatima ketika membawa bayinya itu ke klinik untuk pemeriksaan berkala.

Terdahulu, pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan pada majlis tertutup di sebuah hotel ibu negara pada 27 November 2017.

Rata-rata posting itu mengundang pujian ramai warganet yang terpesona dan kagum melihat kecantikan Fazura selepas bersalin walaupun masih dalam tempoh berpantang.

You look so impossibly gorgeous..

So happy for you..

So pretty mummy faz..

Besar nanti mesti cantik mcm mommy..

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Instagram via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *