Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Selepas mendirikan rumah tangga selama dua tahun, pelakon dan penyanyi Nur Fazura mengumumkan sudah berbadan dua sebentar tadi.

Berita gembira itu dikongsi menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa keping gambar bersama suami, pelakon Fattah Amin.

“InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahaya mata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah.

“Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini,” 

Pelakon berusia 36 tahun itu turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucapan selamat kepada mereka selama ini.

“Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua,” 

Posting berkenaan dihujani ucapan tahniah rakan selebriti dan peminat mereka dimana rata-rata turut tumpang gembira dan mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut.

OMG Nak nangis, Alhamdulillah

Happy for you

 

 

Yeayy Alisaa dapat kawan!!

Tahniah buat Fattah Amin dan Fazura . Semoga baby membesar dengan sihat dan sempurna.Amin!

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: OMM & Missfazura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *