Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Peminat-peminat drama bersiri Gol & Gincu yang ditayangkan pada 2005 sudah tentu berasa kehilangan dengan pemergian Ashraf Sinclair semalam. Memegang watak Eddy dalam drama tersebut, Allahyarham Ashraf berjaya mencipta nama sebagai barisan pelakon muda berbakat ketika itu.

Rakan-rakan seangkatannya semasa membintangi drama tersebut juga kekal bersahabat sehingga kini walaupun masing-masing sudah berkeluarga dan berjaya dalam kerjaya seni masing-masing.

Bukan hanya kawan, tapi seperti abang

Berita Ashraf yang dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung telah membuatkan rakan-rakan baiknya itu mengutuskan luahan di Instagram masing-masing menyatakan rasa sedih kehilangan sahabat seperti Ashraf.

Paling mencuri tumpuan adalah post daripada Fazura yang juga pasangan Ashraf dalam Gol & Gincu dengan membawa watak Putri.

Banyak perkara berkongsi bersama

Persahabatan mereka juga kekal sehingga diluar lokasi pengambaran dan berkongsi kisah-kisah peribadi bersama. Menurut Fazura lagi, Ashraf begitu bahagia apabila bercerita mengenai Bunga Citra Lestari kepadannya sebelum mereka akhirnya berumah tangga.

 I’ll never forget the light in his eyes when he spoke Bunga, how he was so in love and his excitement to propose. Ashraf was truly a person with pure heart of gold who only had empathy for others with immense positivity that would light up the whole room.

Hadir ke majlis perkahwinan Fazura-Fattah

Ashraf dan BCL juga turut menghadiri majlis perkahwinan Fazura dan juga Fattah Amin semasa berlangsung di Kuala Lumpur beberapa tahun yang sudah.

Salam takziah buat keluarga

Persahabatan mereka juga maish berkekalan sehingga kini dan tetap bertanya khabar walaupun tidak seperti dahulu lagi. Dikesempatan itu juga, Fazura sempat mengucapkan salam takziah buat keluarga allahyarham  dan berharap mereka semua bersabar diatas ujian yang maha berat ini.

“To Bunga sayang, I wish to give u space at this most trying time of your life surrounded by your beloved family – away from your phone. Reaching out to you in a few days.”

“I pray that may Allah SWT always bless you with HIS strength, rest-assured that you and Noah will always be watched over. Al Fatihah.”

Salam takziah Alfatihah… Semoga arwah terpilih berada di sisi Allah dan semoga menjadi penghuni syurga..

Apa kata anda? Dah baca sila share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *