Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Menurut laporan Harian Metro, trend kehilangan pekerjaan di negara Malaysia dijangka bakal meningkat daripada 50 peratus kepada 200 peratus sepanjang tahun ini. Hal ini terjadi ekoran banyak premis perniagaan dan syarikat gulung tikar akibat kesan dari wabak pandemik COVID-19.

Akui turut mengalami kesan yang sama, seorang gadis kehilangan pekerjaan sebagai pereka tudung kini mulai bekerja sendiri dengan menawarkan khidmat mengangkat sampah dari rumah ke rumah.

Tak malu demi rezeki yang halal

Gadis cantik yang dikenali sebagai Wan Nur Elisa Adreena Wan Jusoh berkata, dia tidak malu demi mencari rezeki yang halal walaupun memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni bina.

Inspirasi dari rakan sendiri

Dia juga berfikir untuk ambil peluang mencari pahala dan rezeki dalam masa sama.

Malah, khidmat yang ditawarkannya hanyalah dengan bayaran RM 1 sahaja khusus buat penduduk di Apartmen Cempaka Sari, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Bayaran murah, tak berbaloi, mampu tolong orang!

Masih lagi mencari perkerjaan lain, gadis ini mengambil kesempatan dengan dengan menawarkan khidmat mengutip sampah secara sambilan dari rumah ke rumah untuk meringankan beban orang lain dengan bayaran tidak membebankan.

Pelanggan hanya perlu mengirimkan pesanan di WhatApp bersertakan maklumat kediaman yang dihuni untuk menggunakan perkhidmatannya.

“Bagi saya khidmat angkat sampah berkenaan bukan untuk mencari duit semata-mata, tetapi sebagai usaha bersedekah dengan cara berbeza.” Jelas gadis cekal ini.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikapnya yang tidak memilih pekerjaan dan mendoakannya agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Bagus usaha adik ni

 

Semoga menjadi pencetus kepada belia lain

Wanita begini akan cepat berjaya

Janji rezeki halal

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: OMM via HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *