Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sama seperti lipas, kehadiran ‘tetamu tak diundang’ seperti cicak, lipas dan tikus pasti boleh buat kita semua berasa geli-geleman kan?

Selain berasa tak selesa, hakikatnya haiwan perosak sebegini turut mengundang risiko masalah kesihatan gara-gara faktor kebersihan.

Gambar sekadar hiasan

Malah kita pun boleh jadi tak keruan sekiranya kesemua haiwan itu muncul di tempat yang tak terduga seperti yang dialami gadis dari Indonesia ini.

Tudung ‘dihinggap tetamu lembik’…remaja tak keruan tapi selamba je pegang

Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sahaja ada seekor cicak melekat pada tudung gadis yang berkaca mata tersebut.

Kemunculannya nyata membuatkan pelajar tersebut sangat tak selesa dan beberapa kali teriak apabila gagal menghalaunya.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah dia tetap berani untuk memegang dan alihkan sendiri reptilia tersebut dari bahagian kepala.

Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya cicak tersebut berjaya ditemukan sebelum dicampak ke atas lantai.

Secara keseluruhannya, video terbabit telah jadi viral dengan meraih lebih 3 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Selain geli untuk melihat apalagi memegang cicak seperti itu, rata-rata netizen juga berseloroh boleh naik meroyan atau pengsan jika berada dalam situasi sama.

Ini antara komen netizen.

Kalau orang lain terus nak cabut tudung…boleh menggelupur & pengsan seharian kena macam ni

 

Teringat cerita dulu

Beraninyaa

 

 

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima Kasih.

Sumber: TikTok rakharamadann & Twitter nadzminadam  via Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *