Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Zaman sekarang, semakin ramai wanita mampu berdikari sendiri dan tidak terlalu bergantung harap pada golongan lelaki.

Meskipun begitu, tidak dinafikan hati seorang wanita tetap akan rapuh sedikit apabila melihat orang lain sudah bahagia bersama partner masing-masing.

Hidup single sebenarnya best, tak perlu fikir pasal perasaan orang lain & fokus pada kerja

Menerusi TikTok, seorang gadis bernama Hawa Johanis berkongsi pendapatnya sepanjang menjadi single. Menurutnya, kehidupan solo ini sebenarnya tidaklah seteruk yang disangkakan kerana terdapat banyak perkara boleh dihindarkan berbanding sewaktu bercinta.

Selain itu, status ini juga boleh menjadi peluang untuk fokus sepenuhnya pada kerjaya.

Kadang-kadang sedih jugak, beli seat seorang tapi kiri kanan ada couple

Walau bagaimanapun, Hawa tidak menafikan terdapat beberapa situasi yang membuatkannya rasa lonely dan sedih. Sebagai contoh, gadis ini pernah berasa sebak apabila seat panggung wayang yang disangkakan kosong di bahagian kiri kanan ternyata diduduki oleh 2 couple pula.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat gadis berkenaan bahawa kehidupan bujang adalah lebih baik. Namun begitu, tak kurang juga yang berseloroh cuba untuk ‘tackle‘ Hawa.

Secara keseluruhannya, video berdurasi 60 saat itu meraih lebih 400 ribu tontonan di TikTok.

Dah 5 tahun solo & memang betul seronok, tapi sampai bila nak single?

Dah2 jangan nangis. Jom couple

I feel you sis

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: TikTok hawajohanis via Erinsakura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *