Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Selain tips berkaitan masakan dan juga video lawak, ramai juga suka berkongsi kisah cinta masing-masing yang bermacam ragam di aplikasi TikTok. Namun siapa sangka rakaman yang dikongsi seorang wanita ini mendapat perhatian individu lain.

Teruja share video dating dengan boyfriend, sekali ada lain mengaku jugak

Menerusi perkongsian TikTok @ckinizzilfy, gadis itu sudah pun setahun menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki. Difahamkan, mereka tidak dapat bertemu dek kerana masing-masing bekerja sebagai petugas barisan hadapan dan tinggal jauh.

Namun, baru-baru ini dia telah menerima satu komen memeranjatkan daripada seorang individu mencurigai bahawa berkemungkinan teman lelaki mereka adalah orang yang sama.

Dah contact individu tu, cakap baik-baik pasal lelaki yang ‘sama’

Terkejut dengan pengakuan berkenaan, gadis tersebut tidak memadamkan video itu sehingga ada yang tampil mengungkapkan kebenaran. Jelasnya lagi, dia telah berhubung dengan individu tersebut untuk bercakap tentang lelaki yang dimaksudkan.

Eh ada pulak yang mengaku pemuda tersebut dah bertunang.. Lesap tanpa khabar

Bukan itu sahaja, ada juga individu lain menghantar mesej kepadanya mengatakan jejaka itu sudah pun bertunang berserta sekeping gambar sebagai bukti. Lebih menyedihkan lagi, si lelaki lesap tanpa khabar berita selain nombor telefonnya turut disekat.

Walau bagaimanapun, ramai yang dilihat memberi semangat kepada gadis tersebut untuk terus tabah menghadapi dugaan.

Jom baca komen netizen

Tu la jangan cari orang beruniform

 

Saya tumpang simpati pada akak

Awak rasa sakit, tunang dia lagi rasa sakit

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: TikTok Ckin_Izz_Ilfy via KD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *