Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Garis panduan bagi pelaksanaan aktiviti keagamaan di masjid dan surau telah diteliti di peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, garis panduan tersebut akan dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

“Soal bilakah masa yang sesuai untuk pelaksanaannya, kita berpandukan kepada nasihat dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia selaku pihak yang berkepakaran.

“Akan tiba masanya satu hari nanti, semua rumah ibadah akan dibuka dan kita kembali mengimarahkannya dengan penuh kegembiraan dan keinsafan,” jelasnya menerusi satu kenyatan di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, memetik kenyataan Zulkifli pada 4 Mei lalu, pelaksanaan garis panduan tersebut tertakluk kepada arahan kerajaan dari semasa ke semasa serta kebenaran daripada KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jom lihat apa kata netizen:

Jika solat berjemaah ni diluluskan akan wujud satu kluster baru di kalangan masjid

Orang masjid 99% warga emas, banyak risikonya

Buka solat berjemaah di kawasan zon hijau

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: Siakap keli via Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *