Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

JAKARTA: Penyanyi Indonesia yang popular dengan lagu Januari, Glenn Fredly menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Jakarta Selatan, hari ini.

Berita sedih itu disampaikan rakan baik Glennn, Tompi melalui pesanan WhatsApp kepada Kompas.com.

“Telah berpulang (meninggal) saudara kami, Glenn Fredly malam ini.

“Mohon dimaafkan semua salahnya, dia yang selalu hadir menggerakkan kita semua,” tulis Tompi.

Glenn dilaporkan meninggal dunia di Hospital Setia Mitra, Jakarta Selatan pada jam 6 petang waktu tempatan hari ini.

Namun, tidak dinyatakan apa penyakit menyebabkan kematian penyanyi berusia 44 tahun itu.

Glenn meninggalkan isterinya, Mutia Ayu dan seorang anak perempuan yang baru berusia dua bulan.

Dalam status terakhir di Instagramnya, Mutia Ayu memuatnaik potret kebahagiaan sambil memeluk Glenn.

Dalam gambar berkenaan, Mutia mengatakan, anaknya, Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo, akan sangat bangga dengan ayahnya.

“Ketika Gewa dewasa nanti dan mengerti, Gewa pasti akan berkata ‘Gewa Bangga menjadi anak Perempuan Ayah’ Tuhan selalu jaga kami,” tulis Mutia Ayu pada kapsyen foto itu.

Pemergian Glenn cukup mengejutkan dunia hiburan Indonesia.

Menerusi ruangan komen ramai rakan artis turut berdukacita dan mendoakan kebaikan buat Glenn.

Tururt berduka cita

Harus kuat demi Gewa

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *