Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pernikahan pelakon cantik kelahiran Singapura, Hannah Delisha pada 18 Februari 2021 tempoh hari benar-benar mengejutkan para peminatnya. Paling terkesan sudah tentu peminat lelaki kerana Hannah merupakan antara celebrity crush yang sering mendapat perhatian warganet.

Walaupun ramai yang patah hati, namun mereka juga gembira dan mendoakan perkahwinan pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu terus kekal hingga ke akhir hayat bersama pelakon Imam Shah.

Oleh itu, menerusi pemerhatian di Twitter, ramai yang mulai memadam gambar-gambar Hannah yang mereka simpan di galeri telefon dan memuat naik tangkapan skrin di laman sosial tersebut.

Jawapan dari Hanna Delisha

Apa yang mencuri perhatian adalah pelakon tersebut dengan terbuka memuji inisiatif para peminat kerana menghormatinya yang sudah berumah tangga.

Sempoi balas komen2 peminat

Selain itu, Hannah turut sempat membalas beberapa ciapan daripada peminatnya yang meluahkan rasa ‘kecewa’ diatas pernikahannya. Namun begitu, pelakon tersebut tetap mendoakan agar mereka mendapat jodoh yang baik dan berjaya pada masa hadapan.

Semoga dapat jodoh yang baik bro

Minat kerja kami okeyy

Terdahulu, Hannah Delisha memaklumkan bahawa dia dan suami sudah lama menjalin hubungan dan sudah merancang pernikahan sejak lima tahun yang lalu.

Imam Shah yang juga merupakan pelakon dalam drama Lafazkan Kalimah Cintamu telah menikahi Hannah di Singapura dengan dihadiri keluarga terdekat sahaja. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Hannah Delisha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *