Sedih Viral

Batal Semua Kerja, Usahawan ‘Fly’ Dari KL Ke Kelantan Bantu Sahabat Jatuh Sakit

Sahabat sejati yang sanggup susah dan senang sememangnya satu dalam berjuta. Memiliki sahabat sebegitu adalah satu rahmat yang harus kita syukuri daripada Maha Pencipta.

Bukan senang untuk melihat sahabat yang sanggup bersusah-payah demi memastikan kehidupan rakannya juga sama-sama berjaya ketika sahabat itu sudah berada di puncak kejayaan.

Hal ini dikongsikan sendiri seorang usahawan dan juga selebriti media sosial iaitu Hafiz Mahamad yang sanggup bergegas pulang ke tempat kelahirannya di Kelantan dari Kuala Lumpur setelah mengetahui rakan baik semasa kecil jatuh sakit.

Menerusi perkongsian Hafiz di media sosial, dia memaklumkan telah meninggalkan segala kerja di Kuala Lumpur dan bergegas ke Kelantan sejurus mengetahui rakan dan juga stafnya jatuh sakit.

Caption Hafiz Mahamad

Sesampainya dia di rumah rakannya itu, Hafiz mendapati pemuda tersebut sedang terlantar sakit. Usahawan tersebut segera menggendong dan membawa rakannya ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana dipercayai mempunyai stroke.

Menurut Hafiz dalam kapsyennya, sahabat dari kecil yang dikenali sebagai Loh itu merupakan seorang atlet judo dan pernah bersaing dalam SUKMA dan juga Sukan SEA.

Namun begitu, dia telah bekerja keras sehingga jatuh sakit sebelum ditawarkan bekerja dengan Hafiz seminggu yang lalu.

Akan tetapi, sakitnya dilihat makin teruk dan dia meminta izin untuk pulang ke Kelantan beberapa hari lepas.

Buat masa ini, Hafiz menyatakan bahawa Loh sudah berada di dalam hospital bagi menerima rawatan. Di kesempatan itu juga, usahawan tersebut berjanji akan membiayai kos rawatan sahabatnya sehingga Loh benar-benar pulih.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet telah memuji tindakan Hafiz yang sangat prihatin dengan sahabatnya. Mereka juga sempat mendoakan agar Loh cepat sembuh dan mampu kembali bekerja seperti biasa.

Ini antara reaksi netizen.

Sahabat sampai mati

Semoga cepat sembuh

Subhanallah Abang Hafiz…

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih.

Sumber: Hafiz Mahamad via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *