Sedih Viral

Wajah Membengkak, Berkedut Dan Gelap Semasa Hamil, Wanita Kongsi Pernah Dihina

Sebelum ini, pernah tular kisah mengenai seorang wanita yang berkongsi pengalaman wajah berubah semasa hamil sehingga dia hampir tidak mengenali wajahnya sendiri.

Terbaru, menerusi laman Facebook seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Azs turut berhadapan perkara sama dengan berkongsi beberapa foto perubahan wajahnya ketika mengandung.

Bengkak & kedut

Menerusi entrinya, dia berkata wajahnya agak menakutkan apabila secara tiba-tiba membengkak dan berkedut selain badannya juga turut menghadapi alergik.

“Bengkak, kedut dan hitam..badan penuh alergik.. gambar pakai filter hitam hilang…”

Sampai kena hina sebab wajah seram

Perubahan wajahnya itu mendapat pelbagai reaksi ramai, sehingga ke tahap ada yang bertindak menghina membuatkan dia berasa takut untuk hamil lagi.

Namun mujurlah selepas melahirkan bayi, wajahnya beransur pulih dan kembali kepada asal, membuatkan dia bersyukur mampu bertahan dengan dugaan tersebut.

Di ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen turut berbangga dengan semangat dan pengorbanan ibu muda tersebut yang berjaya menepis segala pandangan hina orang lain demi anak tercinta.

Disebalik ujian, hadir bayi comel…

Ibu yang kuat

Tahniah kerana bertahan..

Begitu besarnya pengorbanan seorang ibu, bukan hanya perlu menahan sakit melahirkan malah perlu menempuh pelbagai ujian ketika proses kehamilan.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Nur Azs via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *