Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sejak daripada zaman manifesto Pakatan Harapan sehinggalah kini kita diterajui oleh kerajaan baru iaitu, Perikatan Nasional. Isu yang sering kali naik adalah berkenaan pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Berkenaan isu tersebut, PAS yang kini bersama dengan tampuk pimpinan baru, berharap agar unsur riba dalam pembayaran PTPTN dapat dihapuskan.

Hapus riba dalam PTPTN

Menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob, peminjam PTPTN hanya perlu membayar jumlah pinjaman sahaja. Itulah, antara usaha yang boleh dilakukan agar peminjam mampu melunaskan hutang.

“Sekiranya kerajaan (diterajui Perikatan Nasional) hari ini tidak dapat menyelesaikan isu (menghapuskan hutang) PTPTN, jika dapat selesaikan tanpa riba pun sudah okay…

Hutang dalam Islam wajib bayar

Apabila berhutang wajib untuk kita melunaskan, itu juga termaktub dalam syariah Islam, begitu juga dengan konsep PTPTN. Cuma ramai kini sukar membayar semula kerana jumlah yang makin banyak kerana interest bertambah.

“Isu (PTPTN) ini, jangan kata pengecualian sebab (dalam Islam) bila pinjam kena bayar, cuma jangan dikenakan riba…”

Riba ni menyusahkan orang

Cadangan tersebut bagaikan sinar baru buat para peminjam, rata-rata rakyat Malaysia menyokong bahawa riba perlu dihapuskan dalam bayaran PTPTN.

Sebenarnya agak mustahil untuk menghapuskan bayaran PTPTN, tetapi jika cadangan ini mampu direalisasikan, sudah pasti dapat meringankan beban para peminjam.

Betul, memudahkan peminjam nak bayar

 

Sokong!

Setuju, jauhi riba

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *