Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pengakuan daripada pengacara Harris Alif dan juga pelakon Intan Ladyana bahawa mereka menjalinkan hubungan cinta pernah menggegarkan dunia hiburan tanah air.

Mana tidaknya, dua selebriti ini memiliki jarak usia yang cukup jauh iaitu sebanyak 17 tahun dan mula serius Februari lalu.

Pendandan rambut raja sehari ‘terkantoi’ gambar persiapan majlis perkahwinan Harris dan Intan

Biarpun sebelum ini couple berkenaan begitu berhati-hati dalam berkongsi perihal mereka berdua, tetapi semalam tampil seorang pemuda memuat naik satu foto yang menimbulkan persoalan ramai.

Difahamkan, lelaki berkenaan adalah seorang pendandan rambut raja sehari yang terkenal di Malaysia.

Foto yang telah dimuat naik ke laman Instagram miliknya memaparkan Harris dan juga Intan seperti sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka.

Malah, menguatkan lagi tanggapan itu apabila dia meletakkan ‘#MyNextCelebrityWedding‘ pada gambar berkenaan. Sebelum ini pernah timbul dakwaan mengatakan mereka berdua bakal melangsungkan perkahwinan pada Mac 2021.

Harris jauh lebih muda tapi dia seorang yang matang daripada usia

Menerusi laporan Berita Harian, Intan tidak menolak jodohnya bersama pengacara lelaki tersebut. Walaupun jauh lebih muda, namun pelakon filem ‘Jangan Pandang Belakang’ itu mengakui jejaka berkenaan seorang yang matang dan juga mudah untuk berkomunikasi.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih.

Sumber: Berita Harian & Instagram Aqmal Adly  via Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *