Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Twitter dilaporkan telah memadam salah satu kicauan bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa telah mencetuskan kemarahan, lapor Jakarta Post.

Menurut The Jakarta Post, Tun Mahathir dikatakan menulis, 

Kicauan tersebut turut menimbulkan kecaman daripada kerajaan Perancis sendiri yang meminta akaun Tun Mahathir digantung.

“Saya telah bercakap dengan pengarah urusan @TwitterFrance. Akaun @chedetofficial mesti digantung serta merta. Jika tidak, @twitter akan menjadi rakan subahat kepada panggilan rasmi untuk, mengancam rakyat perancis” kata Setiausaha Dalam Negeri untuk Sektor Digital Perancis, Cedric O.

Pun begitu, Tun Mahathir tidak mengaitkan kejadian itu secara langsung dengan ciapan beliau semalam.

Dalam bebenang beliau semalam, Tun Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak setuju dengan tindakan mengasari serta menyebabkan pemergian guru Perancis yang menunjukkan karikatur Nabi Muhammad di dalam kelasnya atas alasan kebebasan bersuara.

Pun begitu, beliau bertegas bahawa kebebasan bersuara tidak membenarkan seseorang hak untuk menghina orang lain.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *