Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sejak siang tadi, Instagram program hiburan sensasi Meletop telah meninggaIkan satu teka-teki berkenaan penampilan hos jemputan yang akan bergandingan dengan Nabil Ahmad.

Umum sedia maklum selepas pelakon serta pengacara cantik, Neelofa menarik diri daripada terbabit dalam Meletop bermula awal tahun ini, Nabil telah digandingkan dengan beberapa orang pesonaliti hebat bagi mengendalikan program tersebut.

Siapa agaknya jadi partner Nabil?

Bermula dengan Erra Fazira, seterusnya Sherry Al-Hadad dan kemudiannya Nora Danish, malam ini pastinya ramai ternanti-nanti wajah selebriti manakah yang akan mengelola program popular ini.

Dah agak dah mesti Mira

Tepat jam 9 malam, program hiburan yang bersiaran di Astro Ria itu telah menampilkan Mira Filzah dan perkara tersebut seakan sudah dijangka sedari awal menerusi komen-komen di Instagram sumber.

Jom lihat video dibawah:

Pelakon dan pengacara yang sememangnya sedang dipuncak populariti  sudah disebut-sebut sebagai hos jemputan untuk malam ini kerana pernah bersama Nabil mengacarakan program tersebut ketika Neelofa mempunyai urusan lain sebelum ini.

Betulah tuu tekaan kita semua

Sehubungan dengan itu, menerusi muat naik tersebut, rata-rata netizen telah meninggaIkan komen yang pelbagai diatas kehadiran Mira sebagai hos pada malam ini.

Sebahagian besar daripada mereka yang meninggaIkan komen di posting sebelumnya berjaya meneka dengan tepat pengacara yang akan bergandingan dengan Nabil Ahmad dalam Meletop.

Kekalkan Mira pun okey apa

Meskipun Mira Filzah dikira bagus dan berbakat sebagai Hos rancangan seperti ini, namun terdapat juga netizen yang pinta Jihan untuk dijadikan pengganti hos. Jom lihat komen netizen dibawah:

Sumber : Meletop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *