Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Tidak mampu menampung air mata yang tumpah melihat kesedihan ibu ini apabila dapat berjumpa anaknya yang sudah tiada menerusi permainan video VR (Virtual Reality).

Video yang dikongsikan di laman Instagram ini nyata mengundang sebak di hati yang menonton.

 

Menerusi sepotong video pendek itu, wanita yang dikenali sebagai Jang Ji-Sung dibawa berjumpa anaknya, Na Yeon-yang meninggal dunia sebelum berusia tujuh tahun akibat kanser darah.

Teknologi VR telah berjaya mereka simulasi yang seakan-akan dia bertemu anaknya di sebuah taman yang sering dikunjungi mereka dahulu.

Jang meluahkan kerinduan mendalam terhadap anaknya sambil tangannya cuba mengusap lembut rambut si anak.

Si anak bagaimanapun menyatakan keinginan supaya ibunya berhenti bersedih dan kedua-duanya menyambut hari lahir Jang bersama.

Namun realitinya, Jang hanya berdiri di dalam studio di samping layar hijau sambil disaksikan suami, anak-anak dan beberapa kru terlibat.

Netizen turut merasai kehilangan dan kesedihan yang dikongsikan dan menyatakan reaksi di ruang komen.

Ya Allah sedihnyaaa

Biarkanlah ia pergi wahai ibu

Aku nangis sampai sakit dada

Jom lihat video penuh dibawah:

Apa kata anda? Dah baca sila,like share dan komen ya. Terima kasih

Sumber:MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *