Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Berita menggemparkan di Washington apabila Robert Trump iaitu adik bongsu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meninggal dunia pada malam Sabtu, (Ahad waktu Malaysia) selepas berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital di Manhattan, New York.

Donald Trump dalam satu kenyataan dikeluarkan Rumah Putih bagaimanapun tidak mendedahkan punca penyakit yang menyebabkan kematian adiknya berusia 72 tahun itu namun dikatakan sempat mendapatkan rawatan di hospital sebelum meninggal dunia.

Dengan berat hati saya mahu berkongsi adik kesayangan saya, Robert sudah meninggal dunia malam tadi.

“Dia bukan saja seorang adik tetapi juga sahabat baik saya. Kita pasti akan merinduinya dan akan bertemu semula.

“Semua memori bersama dia akan terus terpahat dalam hati saya,” kata Trump.

Presiden AS itu memiliki hubungan yang sangat baik dengan Robert yang pernah berkhidmat dengan Trump Organisation. – AFP

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *