Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi, Fawziya Mohamed tidak menyangka terpilih bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini selepas bilangan jemaah dihadkan berikutan penul4ran w4b4k c0v1d-19.

Dapat tiket emas

Menurut laporan Al Hijrah Online, wanita berusia 38 tahun itu tak sangka memperoleh rezeki ‘tiket emas’ yang diterima selepas dihubungi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Ini adalah kali pertama saya akan menunaikan haji. Alhamdillah, saya sangat bersyukur kerana idak menyangka saya mendapat peluang sekali seumur hidup ini,” katanya menerusi laporan Hajj Media.

Selain itu, beliau menganggap peluang tersebut merupakan hadiah hari jadinya yang jatuh pada 28 Julai ini. Betulla orang kata, rezeki tidak pernah salah alamat.

Memetik laporan The Malaysian Insight pula, Fawziya sekurang-kurangnya menjadi antara lapan rakyat Malaysia yang terpilih terdiri daripada pelajar serta pekerja di negara berkenaan.

Terdahulu, jumlah jemaah haji pada tahun ini dikurangkan kepada 1,000 jemaah sahaja oleh kerajaan Arab Saudi yang akan bermula pada 29 Julai ini berbanding jutaan jemaah sebelum ini.

Semoga wanita ini memperoleh perlindungan dari v1rus berbahaya itu semasa menunaikan kewajiban di tanah suci. Marilah sama sama doakan kita juga dapat tunaikan ibadah itu bersama keluarga suatu hari nanti.

Ha dah baca, jangan lupa komen!

Sumber : soyalemon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *