Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Instafamous media sosial, Muhammad Danish Daniel meminta mana-mana pihak yang mencipta akaun palsu menggunakan namanya berhenti daripada terus menyebarkan berita palsu.

Danish atau lebih dikenali sebagai Coki, 15, berkata tindakan pemilik akaun tersebut hanyalah bertujuan untuk memburukkan namanya sehingga mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.

“Kepada mereka di luar sana tolong jangan sebarkan berita palsu dan Coki merayu sangat janganlah terlampau taasub dengan apa yang korang minat begitu juga saya.

“Kepada pemilik akaun palsu yang menyatakan coki adalah tuhan dan sebagainya, cukuplah memburukkan saya… saya harap anda semua diberi hidayah dan petunjuk,” katanya.

Coki membuat penjelasan tersebut menerusi Instagram miliknya pada Khamis.

Aksi Coki menari di aplikasi TikTok memikat hati ramai remaja.

Sebelum ini nama Coki dan kumpulan K-pop terkenal iaitu BTS menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial sejak kebelakangan ini.

Ini kerana populariti mereka telah mewujudkan ketaasuban dalam kalangan peminat hingga tercetusnya fenomena dikenali sebagai ‘agama BTS’ dan ‘sujud pada Coki’ yang menjadi tular di laman sosial.

Isu ini turut menarik perhatian pendakwah bebas, Wan Dazrin yang tampil menasihati dua golongan tersebut supaya tidak terlalu fanatik dengan sesuatu perkara atau individu.

Coki muat naik rakaman video permohonan maaf.

Dalam pada itu, Coki yang mula dikenali menerusi aplikasi TikTok turut membuat permohonan maaf jika ada tindakannya sebelum ini menyinggung hati mana-mana pihak.

“Saya di sini nak buat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang terjadi sebelum ini… Coki hanyalah manusia biasa yang tak lari dari buat dosa.

“Sekiranya saya ada buat salah kepada semua orang saya menyusun sepuluh jari memohon ampun atas kesalahan yang saya lakukan tanpa sengaja kerana saya hanya manusia biasa.

“Kepada seluruh umat Islam teruskan membuat kebaikan, jangan tinggal solat, jaga maruah keluarga, banyakkan membaca Al-Quran dan bersedekah, InsyaAllah hidup kita akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Doakan saya semoga berjaya dunia dan akhirat, terima kasih,” ujarnya.

Jom lihat video penuh dibawah:

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: Mstar & Coki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *