Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Gempar di medai sosial beberapa bulan yang lalu tentang hubungan antara pelakon filem Adnan Sempit, Intan Ladyana bersama penyanyi Harris Alif menjadi bualan h4ngat warga maya.

Boyfriend jadi pengacara

Tetapi, agak sukar untuk kita melihat penampilan Intan Ladyana di kaca televisyen bersama kekasihnya, Harris Alif dalam satu rancangan tv namun siapa dapat agak bahawa kita boleh melihat mereka di Mpop.

Dalam rancangan Mpop episod ke 81 itu, artis yang dijemput adalah Intan Ladyana dan juga Tam Suahaimi dan Harris Alif sendiri yang menjadi pengacara.

Di dalam video yang sudah dimuat naik di Youtube oleh TV9MALAYSIA Official, sesi borak borak itu dipenuhi dengan soal jawab mengenai perkembangan kerjaya masing masing.

Kena soal dengan Harris

Dalam pada itu, semasa sesi ‘soalan panas’ bermula, Intan ditanya mengenai isu ‘tarik tali’ tentang hubungannya dengan Harris. Menjadi sedikit janggal apabila kedua dua individu yang disebutkan dalam soalan itu sedang bersua muka pada masa yang sama.

Namun jawapan yang diberikan Intan membuat teka teki yang bermain di fikiran netizen terjawab bahawa mereka betul betul bercinta dan bukannya gimik yang dirancang semata mata.

Selepas jawapan dan keterangan itu diberi, Harris menanyakan soalan netizen berkenaan Instagram milik Intan kerana gambar mereka bersama hanya dimuat naik oleh Harris dan tidak Intan.

“Netizen ke siapa yang tanya tu.. apa nama netizen tu?, usik Intan kepada Harris. Habis gelak tawa mereka bertiga bergema di ruangan studio.

“Suka hati saya la ig saya”

Harris menyambung, “saya nak share, nak post untuk follower saya, suka hati saya la kan..” jawab Harris menggantikan Intan.

Menerusi komen di video Youtube itu, rata rata netizen memberikan komen pujian buat mereka lebih lebih lagi Harris Alif kerana dia memulakan kariernya sebagai penyanyi ketika Idola Kecil.

 

View this post on Instagram

 

2nd raya wit 🤍

A post shared by @ harrisalif on May 26, 2020 at 4:47am PDT

Harris juga dipuji kerana nampak profesional dalam sesi temu bual itu. Ada juga yang memuji kemesraan mereka berdua secara berdepan kerana sebelum ini hanya di media sosial sahaja.

Tambahan lagim warganet juga mendoakan kebahagiaan buat mereka berdua dan juga buat Tam Suhaimi dalam bidang lakonannya walaupun tubuh badannya yang bersaiz kecil.

Apa pendapat anda?

Ha dah baca, jangan lupa komen yang baik baik sahaja!

Sumber : Youtube TV9

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *