Selepas menyambut kelahiran anak perempuan pertama pada Oktober tahun lepas, hari ini, Datuk Jamal Abdillah telah memaklumkan berita gembira sekali lagi apabila isterinya hamil anak kedua mereka.
Dapat baby lagi
Menerusi Harian Metro, Jamal memberitahu bahawa isterinya hamil 2 bulan selepas pemeriksaan doktor dilakukan. Perkara itu dinyatakan menerusi pesanan WhatApps kepada pihak sumber.
“Rezeki teman (saya). Udah (sudah) 10 minggu. Aduii.”
“Pengesahan diterima dua hari lalu, tapi belum nampak jantina.”
Tahun lalu timang anak perempuan
Terdahulu, Jamal Abdillah dan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin dikurniakan seorang anak perempuan comel bernama Azura Yamani berusia hampir tujuh bulan selepas setahun bernikah.
Jamal juga sudah mempunyai dua orang anak lelaki berusia 18 dan 13 tahun hasil perkahwinan terdahulunya.
Tahniah buat Datuk Jamal dan isteri! Semoga dikurniakan anak yang soleh atau solehah dan dipermudahkan segala urusan nanti.
Apa kata anda? Dah baca sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih
Sumber: OMM