Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Wanita maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh pacuan empat roda polis di persimpangan lampu isyarat di Jalan Raja Syed Alwi berhampiran Jabatan Veterinar Perlis tengah hari semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, mangsa Azila Che Pa dari Kampung Ujong Batu, Utan Aji maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepalanya.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata pacuan empat roda yang dipandu anggotanya membawa seorang lagi anggota polis bersama dua anggota tentera dari Utan Aji menuju ke Kangar.

“Bagaimanapun, ketika di persimpangan, mangsa yang menunggang dari arah Jalan Persiaran Wawasan melanggar bahagian kanan kenderaan semasa melintas.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke laluan bertentangan manakala motosikalnya terseret sejauh 20 meter,” katanya.

Walau bagaimanapun Wari berkata, anggotanya bersama anggota tentera yang terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menerusi laman Facebook, suami mangsa Hasnol Izwan berkongsi sebuah posting meluahkan rasa kehilangan isteri tercinta dan tidak akan melupakan kenangan sepanjang bersama hayat Allahyarham.

Syukur dapat isteri seperti sayang!

Pergi di bulan yang mulia

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: OMM via Azila Shila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *